Samsung memberitahu, se­panjang tempoh tersebut, pelanggan boleh membuat pratempahan secara dalam talian serta menikmati penjimatan serta ganjaran bernilai RM888.

Katanya, pelanggan akan menerima rebat bernilai RM321 berserta pek bateri 5,100mAh bernilai RM269 bagi kegunaan Galaxy Note8 baharu mereka.

“Sepanjang tempoh ini, para pelanggan juga akan dapat me­nikmati manfaat dari program Samsung Protection Plus bernilai RM298 secara percuma.

“Di bawah skim perlindungan ini, Galaxy Note8 mereka akan dilengkapi jaminan tambahan selama setahun yang meliputi kerosakan mekanikal dan elektrik, serta perlindungan retak skrin yang membolehkan penggantian skrin secara percuma,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambahnya, pakej berkembar bernilai RM888 tersebut didatang­kan percuma dengan pembe­lian Galaxy Note8 semasa tempoh pratempahan.

Telefon pintar baharu itu akan mula dijual di pasaran bermula pertengahan September ini dan ditawarkan dalam empat pilihan warna Midnight Black, Orchid Gray, Maple Gold and Deepsea Blue.

Gergasi telefon pintar Samsung Electronics Co., Ltd. sebelum ini memperkenalkan Galaxy Note8, de­ngan paparan skrin Infiniti yang lebih besar dan selesa yang turut di­lengkapi S Pen dan ia direka untuk pengguna yang peka kepada teknologi.

Presiden Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics, DJ Koh berkata, Galaxy Note8 mempunyai skrin terbesar dalam kalangan generasi Note yang pernah diperkenalkan Samsung.

Galaxy Note8 dilengkapi skrin Quad HD+ Super AMOLED Infi­nity Display 6.3 inci yang memberi pengguna lebih banyak ruang bagi tontonan video, melukis dan mencatat nota.