Menteri Perdagangan Antara­bangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kementerian kini berusaha untuk mengetengahkan lebih banyak syarikat bumiputera untuk mengambil bahagian dalam PPV.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap lebih banyak syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta lain yang menawarkan diri menjadi syarikat penaung (anchor) dalam program tersebut.

“Jika dilihat dari segi bilangan jumlah syarikat vendor yang terlibat, syarikat bumiputera masih lagi rendah dan ini menjadi keutamaan kementerian untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan daripada syarikat vendor bumiputera untuk menyertai tender perolehan bekalan dan perkhidmatan daripada 22 syarikat penaung sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan PPV di sini hari ini.

Tambahnya, dalam usaha me­ning-kat­kan penglibatan syarikat bumipu-tera, kerajaan telah memberikan tiga insentif bagi syarikat penaung iaitu pengurangan cukai berganda yang dipanjangkan tempoh sehingga 2020 dengan jumlah maksimum sehingga RM300,000.

“Kerajaan juga memberikan geran penyelidikan dan pengko­mer­sialan vendor bumiputera berjumlah RM9 juta yang diperuntukkan untuk tahun ini serta program pembangunan kapasiti vendor bumiputera,” katanya.

Dalam pada itu Mustapa berkata, me­syuarat hari ini juga turut menyaksikan geran berjumlah RM4 juta diberikan kepada Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Pe­rodua) dan Uzma Engineering Sdn. Bhd. bagi tujuan pembangunan vendor.

Mustapa berkata, daripada sejumlah 1,440 syarikat vendor bumiputera tersebut, 982 daripada­nya merupakan syarikat-syarikat vendor di bawah TNB dan ia me­nyumbang kira-kira RM1.678 bilion daripada RM4.88 bilion perolehan pada tahun lalu.

Menurutnya, kementerian me­nya­sar­-
kan peningkatan 10 peratus bilangan syarikat vendor yang didaftarkan dan menyertai tender perolehan bekalan dan perkhidmatan PPV berbanding 1,440 buah syarikat ketika ini.

“Sehingga April tahun ini pula, seba­nyak tiga buah syarikat penaung baharu menyertai PPV antaranya Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Sime Darby Pro­perty Sdn. Bhd. dan Sime Darby Plantation.

“Sehubungan itu kementerian berha­rap lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta yang lain turut mengambil bahagian dalam program ini,” tambah beliau.

1,440 vendor bumiputera

10,945 vendor bukan bumiputera

Sehingga April 2017, 
22 syarikat penaung sertai PPV

3 penaung baharu PPV: 
Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Sime Darby Property Sdn. Bhd. dan Sime Darby Plantation

RM4.88 bilion perolehan dicatatkan 
melalui PPV