Pengurusi Jawatankuasa Hebahan dan Promosi, Datuk Ayub Rahmat berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan ekspo itu pukul 10 pagi pada 7 Oktober.

“Perdana Menteri kemudian akan merasmikan Dasar Kelestarian Negeri Johor, Program Superbumi dan melancarkan Bas Rapid Transit Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

“Ekspo itu menumpukan kepada tiga kluster utama iaitu Kluster Kerajaan Negeri, Kluster Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor (PPSNJ) dan Kluster Sektoral,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Ayub yang juga Pengurusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula akan menyempurnakan penutupan ekspo itu pukul 2 petang pada 14 Oktober. - UTUSAN ONLINE