Nod pertumbuhan yang merupakan projek berimpak tinggi itu bukan sahaja mampu menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi juga meningkatkan taraf hidup golongan kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40).

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq berkata, amanat berkenaan telah dinyatakan Perdana Menteri ketika mempengerusikan Mesyuarat NCIA ke-18 di Bangunan Perdana Putra di sini.

Bersempena dengan mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri turut meluangkan masa bermesra dengan penerima-penerima manfaat inovasi sosial yang dilaksanakan di Koridor Utara.

Tujuh nod pertumbuhan di Koridor Utara adalah Perlis Inland Port (PIP), Greater Kamunting Cornubation Centre (GKC), Manjung Amanjaya Maritime City, Chuping Valley Industrial Area (CVIA), Kedah Science Technology Park (KSTP), Batu Kawan Development dan Kedah Rubber City (KRC). - UTUSAN ONLINE