Ia menawarkan hadiah berupa unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bernilai sehingga RM400,000 untuk para pemenang.

Cabutan tersebut akan diadakan selepas tempoh enam bulan berakhir pada 31 Mac 2019 dengan hadiah ditawarkan mengikut kategori iaitu hadiah pertama, 200,000 unit AHB; hadiah kedua (100,000 unit AHB), hadiah ketiga (50,000 unit AHB) dan 50 hadiah saguhati (1,000 unit AHB setiap pemenang).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, inisiatif cabutan tersebut adalah sejajar dengan misi PHB untuk memperkasa pemilikan bumiputera dalam pasaran hartanah di lokasi utama seluruh negara. - UTUSAN ONLINE