Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Farshilla Emran berkata, pelaksanaan sistem tersebut di  kilang pembuatannya adalah sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digital syarikat.

“Menyedari kepentingan dan keperluan teknologi digital dalam organisasi, kami komited mengaplikasikan revolusi Industri 4.0 dan menumpukan perhatian pada potensi pertumbuhan yang semakin meningkat.

“Ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan kerja menggunakan amalan terbaik dalam industri,” katanya pada majlis  pelancaran ‘Go Live’ SAP S / 4HANA di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE