Menurut laporan Reuters, ia merupakan faktor harga bulanan tertinggi sejak Petronas menukar mekanisme harga jualan rasmi (OSP) pada Januari 2017, berdasarkan harga penanda arasnya dalam empat gred minyak mentah Malaysia Labuan, Miri Light, Kikeh dan Kimanis.

“Harga untuk Kimanis didorong oleh margin penyuli­ng­an tengah yang kukuh dan eks­port mentah yang lebih rendah dari negara-negara Asia Tenggara yang lain,” kata sumber perdagangan.

OSP bagi minyak mentah Malaysia ditentukan melalui ka­edah penambahan faktor harga bulanan ke atas harga purata Brent yang dikeluarkan pada bulan berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, harga mi­nyak mentah Brent jatuh ke paras di bawah AS$60 (RM245.80) setong pada Isnin selepas data menunjukkan import dan eks­port negara China merosot.

Minyak mentah Brent didagangkan pada harga AS$59.78 (RM244.90) setong, turun 70 sen atau 1.2 peratus berbanding sesi dagangan terakhirnya pada Jumaat.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) pula turut 63 sen atau 1.2 peratus kepada AS$50.96 (RM208.80) setong.

China merekodkan penurunan 4.4 peratus bagi eks­port untuk bulan Disember tahun lalu, penurunan terbesar dalam tempoh dua tahun sekali gus menggambarkan kelembapan ekonomi yang semakin meruncing bagi negara berkenaan.

Import China juga turun 7.6 peratus, penurunan terburuk sejak Julai 2016. – REUTERS