Perjanjian yang ditandatangani pada 15 Mac di Ho Chi Minh, Vietnam, akan terus menyokong rancangan negara bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi di wilayah barat daya, kata Petronas yang juga syarikat minyak dan gas nasional dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah, perjanjian itu turut menjadi bukti komitmen Petronas bagi menyokong pertumbuhan industri gas selain memacu pertumbuhan sosioekonomi bagi Malaysia dan Vietnam, kata Naib Presiden Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Muhammad Zamri Jusoh yang dipetik dalam kenyataan itu.

“Perjanjian tersebut akan turut mengukuhkan kerjasama dengan Vietnam sejak sekian lamanya dan kami berharap usaha ini dapat diteruskan,” katanya. - BERNAMA