Ketua Yoodo, Farid Yunus berkata, Yoodo menawarkan pelanggan dengan pelan unik pertama yang boleh diubah suai sendiri secara menyeluruh.

“Berbeza dengan pembekal lain, Yoodo menawarkan pakej panggilan, data, mesej dan kandungan boleh diubah suai mengikut keperluan pengguna.

“Pengguna mampu mengubah, menambah atau mengurangkan kuota pakej pada bila-bila masa menerusi aplikasi Yoodo,” katanya pada majlis pelancaran jenama baharu itu di sini hari ini.

Yoodo merupakan sebuah perkhidmatan bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Bhd. (Celcom). - UTUSAN ONLINE