Penganalisis Affin Hwang Capital, Loong Chee Wei berkata, ia selaras dengan sasaran per­­belanjaan sebanyak RM260 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi 2016-2020.

Katanya, pengumuman itu pastinya satu perkembangan yang baik kepada sektor pembinaan memandangkan lebih ba­nyak projek sektor awam akan dilaksanakan tahun hadapan.

“Kami melihat ada beberapa lang­kah akan dilaksanakan, an­taranya meneruskan insentif untuk mengga­lakkan penggunaan sistem bangunan perindustrian (IBS) dalam pembinaan.

“Selain itu, terdapat kemungkin­an juga tambahan peruntukan perbe­lanjaan ini bagi fasa se­terusnya projek Cen­tral Spine Road (CSR) di bawah Bajet 2018.

Ini kerana projek ini berupaya menambah baik laluan antara kawasan pedalaman Semenanjung dan Kelantan.

“Daripada perspektif politik dan sosio ekonomi, projek ini amat pen­ting terutama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang dijangka se­kitar Mac atau April 2018,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Bajet 2018 dijangka dibentangkan 27 Oktober ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan buat masa ini, dua syarikat iaitu UEM Group dan WZ Satu Berhad (WZ Satu) sedang berunding bagi projek CSR yang bernilai RM4 bilion. Ia akan menyaksikan UEM Edgenta dijangka dilantik sebagai pengurus projek manakala WZ Satu akan menjadi kontraktor utama ji­ka memperoleh pro­jek tersebut.

Projek CSR yang di­mulakan pada November 2015 itu bertujuan untuk mengalihkan aliran trafik dari Bentong, Pahang yang sering kali sesak pada hujung minggu dan cuti umum.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, apabila projek itu siap pada 2020, laluan CSR akan bermula selepas tol Bentong di Le­buh raya Karak dan fasa D bagi Bentong Bypass dijangka siap ta­hun depan ma­nakala fasa B dan C akan mula bero­perasi tahun depan.

Dalam pada itu, Chee Wei berkata, dianggarkan se­kurang-kurangnya terdapat kontrak infrastruktur bernilai RM145 bilion masih menunggu untuk diagihkan pada separuh kedua tahun ini termasuk projek-projek baharu yang akan dilaksanakan.

Katanya, antara projek tersebut ter­masuklah kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baru (EDTP).

“Kami menjangkakan pakej utama projek LRT3 bernilai RM10 bilion akan diagihkan dalam tempoh separuh kedua ini manakala projek ECRL yang bernilai RM55 bilion pula akan diagihkan pada suku keempat 2017.

“Dijangka kontraktor utama bagi projek ECRL, China Communications Construction Co. Ltd (CCCC) akan menyerahkan sekurang-kurang­nya 30 peratus da­ripada nilai projek kepada kontraktor tempatan,” kata­nya.