TAN HAI HSIN

Pengarah Urusan Retail Group Malaysia Sdn. Bhd., Tan Hai Hsin berkata, unjuran pertumbuhan itu adalah lebih tinggi daripada sasaran awal yang dibuat sebelum ini iaitu sebanyak 4.7 peratus.

Katanya, antara faktor yang mendorong pertumbuhan jualan runcit adalah tahap keyakinan pengguna yang bertambah baik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini.

“Bagaimanapun, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak garis panduan yang berkaitan dengan SST kepada orang ramai.

“Kita memerlukan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SST agar ia jelas dan memudahkan orang ramai untuk memahami perbezaan antara SST dan cukai barang dan perkhidmatan (GST),” katanya pada sesi taklimat berkaitan prospek industri peruncitan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan Akta SST yang akan dibentang di Parlimen bulan depan mencadangkan 10 peratus untuk cukai jualan dan enam peratus bagi perkhidmatan.

Guan Eng berkata, jika akta tersebut diluluskan, pelaksanaan SST akan bermula 1 September dijangka menghasilkan pendapatan sebanyak RM4 bilion kepada kerajaan untuk tahun ini.

Dalam pada itu Hai Hsin berkata kerajaan perlu membuat beberapa dasar ekonomi baharu untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dalam beberapa bulan akan datang.