Abdul Wahid
Abdul Wahid

Beliau turut menyifatkan usaha kerajaan menumpukan aspek asas-asas ekonomi sebagai strategi yang terbukti tepat.

“Ia jelas terbukti menerusi pertumbuhan asas semua sektor utama. Sehubungan itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha me­rancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar majlis pelancaran Laporan Tahunan 2016 NTP yang disediakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), di sini malam tadi.

Laporan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula menyifatkan perakuan oleh firma-firma antarabangsa seperti Forbes, BAV Consulting dan Wharton School dari Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai paparan sentimen keyakinan para pelabur.

“Mereka menyenaraikan Malaysia dalam (ranking) negara terbaik untuk para pelabur pada 2017 dan negara pilihan terbaik sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI) dalam kalangan negara-negara Asia,” katanya.

Mustapa berkata, Malaysia turut mencatat prestasi baik dalam perdagangan dan pelancongan sepertimana dibuktikan menerusi kehadiran ramai pelancong China ke negara ini.

“Kita perlu mengekalkan momentum ini serta keamanan dan kestabilan yang menjadi antara ciri utama Malaysia dapat selain keupayaan untuk hidup dalam harmoni,” katanya. – BERNAMA