.
Mohammed Shazalli Ramly

Pertumbuhan itu didorong oleh sokongan sumbangan hasil yang lebih tinggi daripada internet dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata, walaupun berdepan de­ngan persekitaran ekonomi yang mencabar ter­utama melibatkan perbelanjaan rendah dalam sektor kerajaan, namun pihaknya tetap optimis keadaan ter­sebut akan bertambah baik pada separuh kedua 2017.

Hal berkenaan ada­lah kerana menurutnya, TM akan melaksanakan pendekatan baharu yang dikenali sebagai Perfexe 10 dalam usaha memacu konvergens dan memperkasa sektor digital namun masih berpaksi kepada stra­tegi dan pelan perniagaan yang sama tahun ini.

“Perfexe 10 merupakan kaedah baharu TM yang merangkumi 10 pendekatan termasuk memperkasa proses digitalisasi, mempercepat pelaksanaan fiber dan memperluas capaian kami dengan pelaburan berterusan serta me­n­g­­­­­gabungkan orga­ni­sasi di bawah aka­un ter­urus bagi sektor awam dan perusaha­an menjadi TM One.

“Kami yakin pe­laksanaan pendekatan baharu ini mampu memacu pertumbuhan perniagaan TM bagi separuh kedua tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar pembentangan prestasi kewangan TM bagi separuh pertama 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Bazlan Osman dan Ketua Pegawai Kewangan TM, Nor Fadhilah Mohd. Ali.

Bagi suku kedua berak­hir 30 Jun lalu, keuntu­ngan sebelum cukai me­ningkat kepada RM241.20 juta berbanding RM195.80 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu ma­nakala jumlah ha­sil menyusut kepa­da RM2.98 bili­on berban­ding RM3.045 bi­lion disebabkan penurunan hasil daripada data, su­a­ra, perkhidma­t­an berkaitan tele­ko­munikasi dan bukan telekomunikasi lain.

Keuntungan bersih kumpulan bagi suku kedua juga me­lonjak sebanyak 51 peratus kepada RM210.48 juta berbanding RM139.45 juta yang dicatatkan pada tempoh sama 2016.

Separuh pertama 2017 pula menyaksikan keuntungan selepas cukai dan kepenting­an minoriti (Patami) tu­run 4.5 peratus kepada RM440.9 juta berbanding RM461.9 tempoh sama tahun sebelumnya, sementara Patami Dinormalisasi Kumpulan naik 18.2 peratus pada RM437.8 juta.

TM memperuntukkan per­be­lanjaan modal (capex) seba­nyak RM899 juta atau 15.1 peratus daripada perolehan dengan 49 peratus digunakan untuk akses, rangkaian teras (28 peratus) dan sistem sokongan (23 peratus).

Menurut Mohammed Shazalli, TM terus memperluaskan liputan jalur lebar ke seluruh negara de­ngan ketika ini mempunyai lebih 2.7 juta port manakala liputan evolusi jangka panjang (LTE) telah me­lebihi 80 peratus di bandar-bandar utama se­luruh negara.

Tambah beliau, syarikat kini telah mempu­nyai 2.36 juta pelanggan jalur lebar dengan pe­langgan UniFi yang me­langgan pakej berkepantasan 10Mbps dan ke atas meningkat kepada 88 peratus berbanding hanya 68 peratus tahun lalu.

“Perkhidmatan mudah alih ka­­mi iaitu webe pula te­rus merekodkan perkembangan memberangsangkan dengan 5.6 peratus kadar pe­­nembusan isi rumah TM setakat separuh pertama tahun ini,” kata­nya.