Pos Malaysia
 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Al-Ishsal Ishak berkata, penurunan berkenaan adalah disebabkan kemerosotan dari segi perolehan dalam segmen Perkhidmatan Pos dan Logistik.

Katanya, jumlah mel mencatatkan kadar penurunan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya yang menyebabkan penurunan sebanyak 11 peratus dalam perolehan bagi Perkhidmatan Pos.

Keuntungan sebelum cukai juga berkurang kepada RM13 juta berbanding RM43 juta pada tahun sebelumnya.

“Kami menyedari bahawa terdapat banyak lagi segmen pasaran sektor pos, terutama untuk produk eDagang yang belum diterokai ruang lingkupnya, selain memenuhi permintaan para pelanggan yang memerlukan barangan dengan harga yang kompetitif dan pilihan penghantaran item tanpa batasan waktu.

“Data kami menunjukkan bahawa terdapat peluang boleh capai bagi Pos Mel, terutama untuk membawa masuk barangan berasaskan eDagang daripada China,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, segmen Kurier mencatatkan kenaikan berganda dengan peningkatan perolehan sebanyak 13 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun kewangan 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun kewangan 2018.

“Kami akan terus melabur dalam teknologi serta inisiatif pengoptimaan proses perniagaan bagi membantu menambahbaik saluran pelbagai pengalaman pelanggan Pos Laju,” katanya. - UTUSAN ONLINE