Aminar Rashid Salleh
AMINAR RASHID SALLEH

Presiden dan Ke­tua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, jumlah itu mewakili 40.4 peratus bahagian pasaran daripada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) iaitu sebanyak 289,700 buah.

Menurut beliau, susulan pe­­ningkatan jualan itu Pero­dua telah menambah jumlah pengeluaran kenderaan kepada 109,000 buah untuk tempoh enam bulan pertama berban­ding 99,000 buah bagi tempoh sama 2017.

“Myvi mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 46,860 buah diikuti Axia (33,870 buah), Bezza (23,555 buah) dan Alza (12,815 buah). Myvi baharu terus menjadi model paling popular sejak dilancarkan pada November 2017 dengan lebih 65,000 buah telah didaftarkan.

“Rekod jualan ini dipacu oleh permintaan yang tinggi terhadap Myvi baharu serta model lain pada suku pertama. Pada akhir suku kedua pe­ningkatan jualan didorong oleh penurunan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus,” katanya dalam taklimat prestasi Perodua bagi separuh pertama 2018 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd., Datuk Suhaimi Hashim dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin.

Mengenai pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dilaksana oleh kerajaan bermula 1 September depan, Aminar memberitahu pihaknya masih belum jelas mengenai mekanisme penuh cukai berkenaan.

Jelasnya, ketika ini perbincangan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) masih berjalan dan hasil daripada perbincangan itu akan dibawa kepada Kementerian Kewangan.

“Sekiranya SST dikenakan pada kadar 10 peratus secara matematiknya harga kereta akan meningkat. Bagaimanapun, seperti yang kita sedia maklum hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah untuk tidak membebankan rakyat dan kami percaya perkara ini akan diberi pertimbangan sewajarnya.

“Margin keuntungan yang diperoleh oleh pemain industri yang kecil seperti kami adalah sedikit. Sebab itu kami perlu tahu apa hasrat kerajaan dan bagaimana syarikat boleh bersama-sama memenuhi aspirasi tersebut kerana kerajaan dan pelanggan merupakan pihak berkepentingan kepada Pero­dua,” katanya.

Tambah Aminar, jika harga kenderaan naik bermula September, pihaknya menjangkakan orang ramai melalui tempoh penyesuaian yang mana akan me­ng­akibatkan pengurangan permintaan dalam tempoh tersebut.

“Berkemungkinan impak ber­kenaan akan berterusan sehingga Disember walaupun pada kebiasaannya pada waktu itu banyak syarikat pengeluar kenderaan akan memberi tawaran yang hebat untuk mengelakkan stok dibawa ke tahun hadapan,” ujarnya.