Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr.) Aminar Rashid Salleh berkata, jumlah itu mewakili 40.4 peratus bahagian pasaran daripada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) iaitu sebanyak 289,700 buah.

Menurut beliau, Perodua turut menambah jumlah pengeluaran kenderaan kepada 109,000 buah untuk tempoh enam bulan pertama berbanding 99,000 buah bagi tempoh sama 2017 susulan peningkatan terse

“Jumlah pendaftaran kenderaan adalah 117,100 buah di mana Myvi mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 46,860 buah diikuti Axia (33,870 buah), Bezza (23,555 buah) dan Alza (12,815 buah).

“Rekod jualan ini dipacu oleh permintaan yang tinggi terhadap Myvi baharu serta model lain pada suku pertama. Pada akhir suku kedua peningkatan jualan didorong oleh penurunan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus,” katanya dalam taklimat prestasi Perodua bagi separuh pertama 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE