Pengerusi MK Land, Felina Mustapha Kamal berkata, sektor kediaman mampu milik masih menjadi tumpuan utama pembeli dan pembinaan perumahan tersebut turut menjadi keutamaan kumpulan.

Berbanding melancarkan projek baharu, beliau berkata, syarikat kini lebih menumpukan usaha untuk menyiapkan baki projek sedia ada di Damansara Perdana dan Damansara Damai.

Katanya, permintaan bagi rumah masih banyak terutamanya rumah mampu milik dan sebagai pemaju, syarikat turut bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memberikan banyak insentif kepada pembeli khususnya pembeli rumah pertama.

“Antara kawasan projek rumah mampu milik oleh MK Land termasuk di Cyberjaya, Bukit Beruntung dan Damansara Damai.

“Harga rumah mampu milik yang kami tawarkan pada harga kira-kira RM500,000 sebuah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

MK Land kelmarin menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Galeri Jualan Rafflesia, Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Lebih 500 tetamu hadir ke rumah terbuka tersebut termasuk pembeli, wakil-wakil bank serta penduduk sekitar Damansara Perdana.

Selain meraikan para tetamu, pendaftaran tempahan [email protected] Fasa B2 iaitu kediaman berkembar tiga tingkat, turut dibuka kepada orang ramai dan juga jualan [email protected] Fasa 1 juga kediaman berkembar tiga tingkat yang kini sedia diduduki.