Chin Chee Seong
Chin Chee Seong

Selain itu, pembelian produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti komputer riba dan telefon pintar dikecualikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta memberi pelepasan cukai tahunan sebanyak RM3,000.

Pengerusi Pikom, Chin Chee Seong berkata, langkah tersebut menjadikan harga produk-produk ICT lebih murah dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

“Harga perkhidmatan jalur lebar juga perlu dikurangkan agar kos menggunakan internet di Malaysia setanding de­ngan negara lain.

“Apa yang berlaku se­karang adalah sebalik­nya di mana kelajuan internet semakin bertambah, namun harganya masih tidak turun,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Chin Chee Seong berharap kerajaan akan menghapuskan cukai pegang­an terhadap penggunaan perisian.

Jelas beliau, ini kerana Akta Kewangan 2017 menyatakan bahawa perisian dianggap sebagai royalti dan perlu dikenakan cukai pegang­an yang membebankan pengguna dan memberi impak negatif terhadap industri perisian tempatan.

“Pikom mencadangkan agar perisian tidak diambil kira sebagai royalti terhadap hak untuk mengguna dan juga melalui penggunaan biasa. Selain itu, kami merasakan cukai tidak wajar dikenakan terhadap sebarang perisian,” katanya.

Sementara itu, Chee Seong mencadangkan tenaga kerja dalam industri digital terus diperkasa dengan memberi penekanan kepada para pelajar aliran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) agar relevan dengan revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0).

“Kerajaan juga perlu menjadi peneraju dalam mengadaptasi teknologi seperti menggunakan storan awal skala besar, kecerdasan buatan, internet segala-galanya (IoT) dan rantaian blok bagi me­ningkatkan mutu perkhidmatan awam,” ujarnya.