Menurut MAS, hubungan dagangan antara kedua-dua negara itu memberi impak pertumbuhan domestik yang minimum buat masa ini.

Katanya, Singapura sebagai negara kecil Asia Tenggara merupakan hab perdagangan global dan pusat kewangan itu dilihat sebagai satu contoh untuk ekonomi global kerana eksport bersamaan 200 peratus daripada keluarannya.

“Pergeseran perdaga­ngan mempunyai kesan yang terhad terhadap ekonomi Si­ngapura setakat ini, tetapi kesan negatif akan boleh dilihat pada akhir tahun ini dan seterusnya.

“Ini boleh menimbulkan beberapa risiko pertumbuhan pada suku hadapan,” katanya dalam ulasan makroekonomi di sini hari ini.

Sejak awal tahun ini, ahli-ahli politik dan pembuat dasar yang telah memberi amaran daripada pertikaian tarif antara dua rakan daga­ngan terkemuka Singapura.

Washington mengenakan tarif bernilai AS$250 bilion (RM1.04 trilion) terhadap barang keluaran China seterusnya mengganggu kadar pertumbuhan China kepada paling perlahan dalam hampir satu dekad.

MAS mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 2.5 dan 3.5 peratus bagi 2018 dan sederhana sedikit pada 2019.

Segmen elektronik merupakan tulang belakang sektor perkilangan Singapura, satu daripada perkara yang membimbangkan kerana hubungannya dengan China dalam rantaian bekalan global.

Satu lagi industri yang mungkin terkesan adalah pengangkutan, Singapura mempunyai satu daripada pelabuhan paling sibuk di dunia menghubungkan ba­rat dengan Asia. – REUTERS