Pepsi Black Halia

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram berkata, dirumus dengan mengambil kira deria rasa pengguna yang menginginkan sesuatu yang baharu, Pepsi Black Halia muncul selepas kajian mendapati bahawa halia merupakan perisa yang digemari oleh warga Malaysia.

Katanya, warga Malaysia kini boleh merasakan dos kepedasan halia yang sinonim dalam varian perisa kola yang baharu.

“Pemahaman kami terhadap cita rasa para pelanggan dan kajian yang dijalankan secara berterusan telah membuat kami percaya bahawa vari­an halia ini akan membawa jenama Pepsi Black ke aras baharu, tambah-tambah lagi kera­na varian ini juga tidak mengan­dungi sebarang kalori.

“Inisiatif kami untuk terus mencetuskan inovasi juga telah menjadikan Pepsi Black peneraju dalam segmen minuman tanpa gula di bawah kate­gori kola,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Syarikat itu turut berharap untuk terus menawarkan le­bih banyak varian yang menarik kepada para pengguna.

Pepsi Black Halia yang baharu diperkenalkan dalam botol 400 mililiter (ml) serta 1.5 liter (l) kini boleh didapati di seluruh negara merentasi rangkaian kedai-kedai yang terkemuka dan stesen mi­nyak, pasar raya, kedai runcit serta kedai serbaneka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berita terkini tentang kempen Pepsi yang akan datang, sila layari: http://www.etikaholdings.com/our-brands#Pepsi.

Santharuban berkata, sejak pelancaran di Malaysia pada tahun lepas, Pepsi Black telah berjaya menjadi kola nombor satu tanpa gula di Malaysia dalam masa yang sangat singkat.

“Ini bermakna, minuman ini telah menjadi produk ke­gemaran warga Malaysia dan trend tersebut dapat diteruskan atas ketersediaan varian inovatif lain yang turut ditawarkan,” tambah beliau.