Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, daripada jumlah tersebut, daerah Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman merupakan antara jumlah aduan paling banyak diterima.

“Daripada 11 kes itu, kita telah keluarkan 10 notis amaran di bawah seksyen 53A dan 1 notis di bawah Seksyen 21 kepada peniaga ingkar kerana kesalahan seperti tidak menukar tanda harga dan juga masih mengekalkan harga sama ketika pelaksanaan GST enam peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 di Pasaraya Sabasun HyperRuncit, Wakaf Tembesu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Saharuddin  memuji pengurusan pasar raya itu yang menjual barangan kawalan lebih rendah daripada harga maksimum yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, sebagai contoh harga borong ikan tongkol yang ditetapkan kerajaan ialah RM8 sekilogram dan harga runcit RM10 tetapi Sabasun HyperRuncit menjual di bawah harga RM 8 sekilogram (borong) dan RM9 (runcit).

“Kita akan terus memantau dan membuat pemeriksaan ke atas premis perniagaan dan juga pasar raya di negeri ini melalui 116 orang pegawai penguat kuasa bagi memastikan harga tidak melebihi paras maksimum dan pelaksanaan pematuhan GST sifar,” ujarnya.

KPDNKK telah menetapkan harga maksimum ke atas 22 jenis barangan harga terkawal di seluruh negara untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018.

Bagi negeri Terengganu, harga kawalan yang ditetapkan bermula 8 hingga 22 Jun (tempoh selama 15 hari) ialah sebanyak 20 jenis termasuk ayam hidup (RM6.20), ayam standard (RM7.50), ayam super (RM8.40), daging lembu (RM34), daging kerbau (RM20), cili merah (11), tomato (RM3) dan kubis (RM3.50).

Barangan seperti kelapa parut (RM7.20), bawang merah (RM6), bawang putih (RM8), bawang besar (RM3),ubi kentang (RM3), ikang kembung (RM14) dan ikan selayang (RM9) juga dijual mengikut harga kawalan. - UTUSAN ONLINE