Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, senario pasaran kosmetik global hari ini semakin terbuka dan mengalu-alukan keperluan kosmetik halal.

“Industri berkaitan produk kecantikan di Malaysia dewasa ini berkembang maju selari dengan perkembangan di peringkat global.

“Mengikut statistik, kosmetik merupakan antara lima eksport utama Malaysia bagi industri gaya hidup dengan nilai RM1.25 bilion pada 2016. Antara 2011 dan 2016 nilai eksport keseluruhan adalah berjumlah RM12 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam Majlis Sepetang Bersama Pengusaha Produk Kecantikan dan Kesihatan Tempatan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE