Seramai 28 pengedar terbaik­nya yang disertai pegawai Proton dan seorang wakil daripada institusi kewangan telah dibawa me­lawat pusat jualan dalam usaha untuk mempelajari dan mengkaji operasi harian Geely.

“Lawatan untuk berkongsi pengalaman dengan pengedar­ Geely yang mengendalikan ca­wangan mereka di Shanghai ini telah membuka peluang kepada pengedar Proton untuk melihat dengan lebih dekat operasi harian pengedar Geely.

“Perkara ini juga sangat pen­ting selepas syarikat menggesa pengedar dan pengendali pusat perkhidmatan untuk menaik taraf kemudahan mereka sebagai persediaan untuk menerima model baharu Proton yang akan diperkenalkan tahun depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengedar-pengedar Proton yang menyertai lawatan tersebut ternyata amat kagum dengan kejayaan dan pencapaian yang dikecapi Geely di China.

Seorang daripada pengedar Proton, Ryan Lai amat tertarik dengan tahap perkhidmatan pe­langgan yang dipersembahkan di pusat jualan Geely.

Beliau yang juga Pengarah LHM One Stop iaitu cawangan pusat 4S di Nilai, Negeri Sembilan berkata, suasana tahap perkhidmatan pelanggan Geely berada dalam keadaan terbaik dan amat berbeza.

Selain melawat pusat jualan, pengedar-pengedar berkenaan turut dibawa memandu uji model Geely Boyue yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi, di samping melawat Institut Penyelidikan Geely yang mempunyai pelbagai teknologi semasa dan reka bentuk masa depan.

Tambah Lai, lawatan ini benar-benar membuka mata kepada apa yang bakal dicapai oleh Proton pada masa akan datang dan kami juga akan melabur lebih banyak untuk jenama Proton,” katanya.

Pemilik pusat 4s Proton di Jalan Meru, Datuk Shamshudin turut menyatakan keyakinannya kepada jalinan kerjasama Proton dan Geely.