Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pengambilalihan tersebut juga dijangka dapat memberikan aliran pendapatan yang mapan dan potensi peningkatan modal pada masa akan datang.

“Pelaburan yang dicadangkan ini juga telah distrukturkan dengan teliti untuk memastikan transaksi yang dicadangkan memenuhi kriteria pelaburan PNB,” katanya dalam kenyataan bersama antara PNB dan KWSP di sini hari ini.

Sime Darby Property Bhd. dan SP Setia Bhd. hari ini mengumumkan penjualan saham mereka dalam Stesen Jana Kuasa Battersea pada pertimbangan asas RM8.351 bilion kepada syarikat usaha sama PNB dan KWSP, PNB-Kwasa International 2 Ltd.

Transaksi itu dijangka dimuktamadkan pada suku pertama 2019. - UTUSAN ONLINE