Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peneroka, pekebun kecil rugi RM80j BTS tidak berkualiti

Mohd Isa Abdul Samad (tiga kanan) beramah mesra dengan kakitangan
Mohd Isa Abdul Samad (tiga kanan) beramah mesra dengan kakitangan FGV Felda Rentam selepas merasmikan Program Sihat dan Jalinan Ukhwah di Felda Rentam, Bera, semalam. utusan/MAHATHIR ALI

BERA 9 April – Penolakan buah tandan segar (BTS) yang dihantar ke kilang Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menyebabkan peneroka dan pekebun kecil di seluruh negara menanggung kerugian kira-kira RM80 juta setiap tahun.

Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, punca utama BTS ditolak adalah kerana tidak berkualiti seperti buah muda, mengkal dan busuk.

“Dianggarkan secara keseluruhannya kira-kira lima peratus BTS ditolak di semua 72 kilang FGV di seluruh negara setiap kali dihantar oleh pihak luar termasuk pe­neroka dan pekebun kecil.

“Berikutan itu, FGV ketika ini giat melaksanakan kempen supaya warga peneroka dan pekebun kecil menghantar BTS yang berkualiti,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Sihat dan Jalinan Ukhuwah di Dewan Orang Ramai Felda Rentam di sini hari ini.

Menurut Mohd. Isa, FGV komited membantu para peneroka dan pekebun kecil menambah pendapatan dengan meningkatkan kualiti BTS yang dibekalkan kepada seluruh kilangnya.

Pada tahun lalu kata beliau, kerugian yang ditanggung pe­neroka dan pekebun kecil akibat BTS ditolak adalah RM80 juta dan jumlah tersebut hampir sama se­perti tahun-tahun sebelumnya.

“Pada tahun ini kita berusaha menurunkan jumlah kerugian itu sebanyak mungkin. Tiada sasaran ditetapkan tetapi kita akan cuba,” katanya.

Beliau berkata, FGV mempu­nyai hubungan rapat dengan pe­neroka dan pekebun kecil kerana dua pertiga daripada keseluruhan BTS yang diproses oleh FGV dibekalkan oleh mereka dalam operasi harian syarikat itu.

Sebab itu kata beliau, penting bagi FGV memberi penekanan kepada golongan itu tentang ke­perluan mereka menghantar BTS yang berkualiti sekali gus dapat menambah pendapatan.

“Penghantaran BTS berkualiti juga meningkatkan jumlah buah yang diproses di kilang-kilang FGV yang berjumlah 14 juta tan metrik setahun,” ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, Program Sihat dan Jalinan Ukhuwah yang dilancarkan sejak sebulan lalu bertujuan merapatkan hubungan antara FGV dengan masyarakat Felda.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain