Pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Sekretariat Utusan Business Awards 2017 di talian 03-8070 7666, faks 03-8070 0666 atau e-mel [email protected]­awards.com atau layari laman web www.utusanawards.com.

Menurut Kumpulan Utusan, kesinambungan acara yang bakal berlangsung Mac ini, diadakan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang pemain-pemain industri dalam sektor industri masing-masing sepanjang 2017.

“Bangga dengan kejayaan sejak penganjuran julung kali pada 2016, Kumpulan Utusan sekali lagi mengadakan Utusan Business Awards bagi menghargai syarikat dan individu yang menyumbang kepada kemajuan negara dan masyarakat.

“Penganjuran kali ini diharapkan berupaya menggalakkan kecemerlangan serta merangsang iklim persaingan yang positif dalam sektor perniagaan tempatan,” jelas kumpulan syarikat akhbar berbahasa Melayu itu di sini hari ini.

Penganugerahan untuk tahun 2017 ini akan dinilai berdasarkan kepada kekukuhan pertumbuhan perniagaan dan pencapaian sesuatu calon, serta aspek sokongan terhadap masyarakat dan sektor ekonomi setempat.

Di samping itu juga, peningkatan aliran perniagaan, pelaksanaan amalan-amalan baik dalam perniagaan serta pencapaian perniagaan luar biasa juga merupakan antara kriteria yang diambil kira di dalam penilaian pihak juri.

Kumpulan Utusan membe­ritahu, proses penilaian akan dilakukan oleh tokoh-tokoh yang berpengalaman serta pakar dalam dunia perniagaan.

“Anugerah ini masih me­ngekalkan beberapa kategori utama seperti Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dan Anugerah Tokoh Negarawan Ulung, lebih 30 anugerah bakal diiktiraf kepada peneraju-pe­neraju syarikat perniagaan kali ini,” katanya.

Anugerah itu akan memberi inspirasi dan menggalakkan penggiat industri perniagaan untuk mengetengahkan produk mereka sekali gus mempromosikan Malaysia ke arena antarabangsa selaras dengan komitmen kerajaan.

Antara penerima anugerah sebelum ini ialah Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pe­ngarah Utusan IJM Corporation Bhd., Datuk Soam Heng Choon; Presiden dan Ke­tua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Group Bhd., Datuk Sri Jamaludin Ibrahim dan ramai lagi.