Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemilikan hartanah tidak mustahil

pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 mengikuti Program 2
Pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 mengikuti Program Santai Labur di Dataran Temerloh, Pahang, semalam. utusan/AMIN FARIJ HASAN

TEMERLOH 25 April - Pemilikan kediaman dalam kalangan bumiputera bukanlah perkara mustahil malah angan-angan yang ada dalam majoriti masyarakat itu boleh dicapai, kata aktor popular negara, Datuk Rosyam Nor.

Rosyam yang berkongsi pe­ngalaman beliau dengan pe­ngunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 di sini memberitahu, beliau yang semasa kecilnya tinggal di kawasan setinggan di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, selalu memasang angan-angan untuk memiliki rumah mewah seperti di hadapan rumahnya ketika itu.

Beliau berkata, kini dengan segala penat lelah dan doa yang berterusan, beliau berjaya membeli rumah mewah di kawasan berkenaan yang kini dikenali sebagai Bangsar South.

“Memiliki cita-cita adalah penting dalam kehidupan dan sete­rusnya perlu diikuti dengan usaha, doa serta tawakal,” kata­nya dalam Program San­tai Labur di sini hari ini.

Rosyam telah di­pi­lih oleh PNB Development Sdn. Bhd., (PNBD) sebagai Idola Pelaburan sempena MSAM 2017 yang berlangsung di sini dari 20 hingga 25 April.

Program itu menjadi tum­puan ramai dengan pemilihan topik dan ahli-ahli panel yang berpenge­tahuan luas di dalam bidang masing-masing.

Sementara itu, usahawan hartanah, Ahyat Ishak menegaskan, sikap tunggu dan lihat yang merupakan dilema dihadapi pembeli rumah tidak seharusnya berlarutan.

Ini kerana menurut beliau yang juga ahli panel Program Santai Labur, orang ramai perlu sedar bahawa nilai hartanah tidak pernah susut.

“Masih ramai dalam kala­ng­an masyarakat tidak merasakan penting untuk membeli hartanah untuk dijadikan satu pelaburan atau persediaan untuk menghadapi masa depan.

“Mereka lebih menggemari ganjaran dalam bentuk serta-merta seperti telefon pintar mahal, berbanding faedah untuk jangka masa panjang,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain