Presiden SEMI Southeast Asia, Ng Kai Fai berkata, beliau berharap pertemuan itu akan memberikan kejelasan berkaitan hala tuju perdagangan dan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh sektor elektrik dan elektronik (E&E).

“Perang perdagangan tidak baik bagi sesiapa pun. SEMI menyokong perdagangan bebas dan perang perdagangan yang berterusan memberi kesan negatif ke atas industri dan ekonomi global,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau yakin perdagangan global E&E akan melantun semula tidak lama lagi.

“Barangkali bukan dalam suku seterusnya, tetapi saya percaya sentimen positif itu akan kembali sekiranya ketegangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia itu mereda,” katanya.

SEMI adalah persatuan syarikat industri global dalam sektor E&E. - BERNAMA