Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pelan itu sudah memasuki tahun keempat dan memperlihatkan beberapa kesan positif.

Katanya,dari segi kewangan, pelan tersebut masih belum dapat mencapai sasaran untuk mendapat pulangan modal menjelang 2018.

“Cabaran ini adalah disebabkan pelbagai faktor termasuklah kenaikan harga bahan api yang meningkat naik lebih 37 peratus dari tahun ke tahun.

“Lebihan kapasiti di seluruh industri mengakibatkan tekanan permintaan dan hasil serta kekangan operasi dan kekurangan juruterbang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Che Alias Hamid (Pas-Kemaman) yang bertanyakan keberkesanan pelan penstrukturan MAB selepas RM6 bilion peruntukan disuntik kerajaan terdahulu. - UTUSAN ONLINE