Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

OSAKA 10 April – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengalakkan lebih banyak kerjasama di antara syarikat perusahaan kecil dan sederhana (SME) Malaysia dengan Jepun.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah itu akan memberikan manfaat kepada syarikat SME tempatan untuk mendapatkan teknologi baharu daripada negara matahari terbit itu.

Beliau berkata, selain itu, kerjasama tersebut akan membantu industri SME tempatan untuk menyelesaikan masalah bagi meningkatkan produktiviti.

“Kerajaan Jepun mengalakkan syarikat-syarikat SME supaya keluar mencari pasaran baharu kerana mereka menghadapi masalah populasi yang semakin berkurangan pasa setiap tahun.

“Ini merupakan satu peluang kepada kita. Mereka boleh meluaskan pasaran di negara kita dan pada masa yang sama menjadikan Malaysia sebagai hab untuk me­nerokai pasaran ASEAN.

“Sebagai contoh, ada SME mereka yang terlibat dalam robotik dan ini akan membantu meningkatkan produktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Peluang Perniagaan di Malaysia dan Mesyuarat Meja Bulat bersama sembilan buah syarikat SME Jepun di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud.

Seminar tersebut dihadiri kira-kira 300 ahli perniagaan dari kedua-dua negara termasuk 263 orang dari Jepun.

Mustapa bersama delegasi perniagaan Malaysia berada di negara ini untuk misi perdagangan serta pelaburan di Osaka dan Tokyo.

Kata beliau, pihaknya melalui MIDA bersama dengan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) akan membantu SME membuat padanan.

“Kita akan memantau dengan teliti perkara ini dan akan me­ngadakan perbincangan setiap tiga bulan untuk melihat tahap pelaksanaannya,” katanya.

Katanya, langkah itu juga sebahagian daripada pelaksanaan gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur yang menekankan kepada kerjasama di antara syarikat kedua-dua pihak.

“Gelombang pertama fasa ini yang memberi tumpuan kepada latihan dan pendidikan telah berkahir dan berjaya mewujudkan budaya kerja baharu dalam kala­ngan rakyat Malaysia,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain