SUZARDI MAULAN
SUZARDI MAULAN

Konsultan AFIQ Training & Advisory, Suzardi Maulan (gambar) berkata, pelaburan nilai adalah kaedah yang berpaksikan kepada sistem ‘beli dan pegang’ dalam jangka masa panjang, berbeza daripada cara pelaburan saham biasa yang dipraktikkan kebanyakan pelabur.

Menurut­nya, strategi ber­kenaan juga sesuai buat pe­labur bermo­dal rendah ke­-
rana tidak berjual beli de­ngan kerap dan hanya membeli mengikut kemampuan serta menjimatkan kos pelaburan.

Ujarnya, seseorang pelabur yang terlibat dengan pelaburan nilai perlu membuat analisa dengan lebih mendalam me­ngenai perniagaan teras dan nilai sebenar saham sesebuah syarikat.

“Walaupun dunia pelaburan saham ini tidak dapat ditentukan keuntungan masa hadapan, namun sekiranya kita benar-benar memahami operasi perniagaan syarikat tersebut, melalui pelaburan nilai ia akan memberi keuntungan dalam jangka masa panjang.

“Mengambil contoh harga saham sebuah syarikat mengeluarkan produk monosodium glutamate (MSG) terkenal, harga seunit sahamnya pada tahun 2012 hanyalah kira-kira RM4, namun kini telah melonjak sehingga RM20,” katanya kepada Mingguan Malaysia sempena Simposium Saham Utusan 2017 di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyam­paikan ceramah bertajuk ‘Men-
jadi pelabur bijak berkonsepkan pelaburan nilai’.

Mengulas lanjut, Suzardi berkata, pelaburan nilai yang diperkenalkan oleh pelabur terkemuka Amerika Syarikat, Benjamin Graham juga sesuai kepada semua lapisan masyarakat.