Menurut MIDF Research, selepas tiga minggu mencatat­kan aliran masuk a­sing ke dalam pasaran, pelabur antarabangsa kembali beralih kepada mod jualan walaupun dengan kadar lebih kecil.

“Bagaimanapun, Malaysia menyaksikan penurunan asing paling rendah dalam kalangan empat pasaran ASEAN yang kami pantau ming­gu lalu,” jelas MIDF Research dalam laporan ali­ran mingguan di sini hari ini.

Firma penyelidi­kan itu berkata, bursa menyaksikan­ ali­ran masuk RM19.7 juta pada Isnin, namun mencatatkan ali­ran keluar RM36.2 juta pada Selasa meskipun dengan semakan semula pakatan perdaga­ngan antara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

“Pelabur antarabangsa kembali ke dalam pasaran pada Rabu dan Khamis apabila mereka membeli RM70 juta saham tempatan pada kedua-dua hari terbabit.

“Menariknya, pelabur asing di negara serantau lain iaitu Filipina, Thailand dan Indonesia mengurangkan pendedahan mereka dalam tempoh sama,” jelasnya.

MIDF Research berkata, dana luar pesisir itu kembali kepada mod jualan pada Jumaat dengan menjual RM209.3 juta, tertinggi dalam tempoh 16 hari dagangan.

“Bursa tempatan turut terjejas dan susut 0.72 peratus kepada 1,777 mata pada hari sama, penutupan terendah sejak akhir bulan Julai lalu,” ujar kenyataan itu.