Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed berkata, ia bertujuan memberi fokus dan bimbingan kepada syarikat permulaan seterusnya membolehkan mereka untuk mencipta perkhidmatan yang relevan kepada perniagaan PDB.

Katanya, kerjasama itu memberi penekanan kepada prinsip asas pelan PDB dalam mentransformasikan stesen Petronas di Jalan Kolam Air Lama, Ampang kepada hab inovasi yang turut dikenali sebagai The [email protected] Ampang.

“Program ini dilaksanakan di Common Ground Ampang, lokasi terbaharu setakat ini meliputi ruangan bersaiz 6,792.47 meter persegi dilengkapi ruangan acara dan bilik mesyuarat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE