Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pasaran modal Malaysia RM2.84 trilion

KUALA LUMPUR 9 Mac - Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan dan terus meningkat kepada RM2.84 trilion pada tahun lalu meskipun berdepan ketidaktentuan dan sentimen berhati-hati pelabur.

Ranjit Ajit Singh
Ranjit Ajit Singh

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, jumlah pengumpulan dana bagi pasaran modal pada 2016 adalah sebanyak RM98.5 bilion.

Beliau berkata, tahun lalu, sebanyak RM86.7 bilion diperoleh daripada pasaran utama dengan kira-kira RM85.7 bilion diperoleh melalui pasaran bon korporat dan sukuk dan penyenaraian ekuiti baharu sebanyak RM1.0 bilion, sementara sebanyak RM11.8 bi­lion pula berjaya dikumpulkan melalui pasaran ekuiti sekunder.

Katanya, pasaran bon turut meningkat kepada RM1.17 trilion manakala permodalan pasaran ekuiti pula mengakhiri 2016 de­ngan jumlah RM1.67 trilion.

“Di sebalik ketidaktentuan dan turun naik pasaran global, pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan dengan keadaan pasaran yang teratur.

“Pasaran terus menyaksikan pertumbuhan dalam beberapa segmen dengan minat pelabur yang menggalakkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas membentangkan Laporan Tahunan 2016 SC di sini hari ini.

Ranjit berkata, industri pe­ngurusan dana terus menunjukkan peningkatan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) meningkat 4.3 peratus daripada RM667.9 bilion pada 2015 kepada RM696.3 bilion tahun lalu.

Dalam pada itu beliau berkata, saiz pasaran modal Islam berjumlah RM1.69 trilion tahun lalu, mewakili 60 peratus daripada jumlah pasaran modal domestik.

“Sukuk korporat terkumpul meningkat sebanyak 8.9 peratus kepada RM395.5 bilion, manakala terbitan sukuk korporat mewa­kili 75.7 peratus daripada jumlah sukuk korporat dan terbitan bon.

“Pengurusan dana Islam turut meningkat 13 peratus kepada RM149.6 bilion dalam AUM, terutamanya didorong oleh pengembangan dana unit amanah Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain