Ini kerana kemajuan yang dicapai dalam pembuatan cip-cip berkenaan memberikan pengguna peralatan berprestasi tinggi pada tawaran harga yang lebih baik.

Pengarah Jualan Pengguna Asia dan Jepun AMD, Peter Chambers ketika menerangkan perkara ini berkata, kemajuan yang dicapai dalam pembuatan cip pemproses akan mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemain industri serta bakal mempengaruhi kos dalam pembinaan sesebuah komputer.

“Para pemain industri seperti AMD akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan cip yang mempunyai pretasi, kemampuan dan kuasa yang lebih tinggi.

“Itu semua dilakukan dengan mengambil kira kuasa membeli pengguna yang pada ketika ini tidak mempunyai pilihan yang banyak dalam memilih cip pemproses untuk komputet masing-masing,” katanya selepas Majlis Pelancaran Cip Pemproses AMD Ryzen 7 di sini, hari ini.

Menurut beliau, cip pemproses Ryzen 7 ini dimuatkan di dalam model komputer terkinj yang dikeluarkan oleh dua rakan strategik AMD iaitu HP dan Acer.

Cip pemproses 8 teras yang dimuatkan dalam komputer HP OMEN dan Acer 281 berkenaan mempunyai tetapan yang dioptimakan untuk penggunaan grafik beresolusi lebih daripada 1080p.

Selain itu, tambah Peter, tetapannya juga membolehkan pengguna biasa melakukan penalaan ‘overclocking’ tanpa memerlukan kemahiran mahupun pengetahuan teknikal yang tinggi.

“Kos pembinaan cip berkenaan juga lebih rendah berbanding pesaing AMD apabila faktor ini digabungkan dengan kelebihannya, ia memberikan para pengguna tawaran yang lebih baik berbanding yang lain.

“Ini bermakna, para pengguna khususnya para pengguna biasa pilihannya jangan lebih bernilai sewaktu membuat keputusan untuk membeli sebuah komputer,” tambah beliau.

Peter turut memaklumkan, ketika ini AMD memberi fokus kepada penghasilan cip untuk komputer meja dan dalam masa terdekat ini makan mula menghasilkan cip-cip untuk peranti mudah alih yang lain. - UTUSAN ONLINE