Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, 2018 masih lagi tahun mencabar tetapi ramai yang menaruh harapan agar keputusan pilihan raya akan datang memberi hala tuju lebih kukuh.

“Meskipun masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa pasaran telah melewati fasa tercorot, kami tidak menjangkakan pasaran tahun ini tidak terlalu merosot berbanding 2017,” katanya dalam taklimat tinjauan pasaran hartanah 2017/2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE