Konsultan FAR Capital Sdn. Bhd., Harith Faisal berkata, walaupun harga rumah semakin lama semakin tinggi, namun perkara berkenaan bukanlah pe­nghalang kepada anak muda mendapatkan rumah idaman sebelum berusia 30 tahun.

Katanya, golongan muda perlu meletakkan pembelian rumah di usia muda sebagai keutamaan berbanding pembelian lain se­perti kereta.

“Kita hidup di zaman yang kadar harga rumah memang tinggi, jadi sewajarnya anak muda me­rendahkan kriteria rumah idaman mengikut kemampuan.

“Sekiranya kemampuan kita hanyalah untuk kediaman berharga RM150,000 hingga RM200,000 maka fokus kita harus berusaha untuk mendapatkan rumah de­ngan julat harga tersebut.

“Mungkin pembelian rumah pertama ini sebagai pelaburan yang akhirnya akan menjadi batu loncatan kepada pembe­lian rumah idaman mereka pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas sesi perbincangan bertajuk Hipster Hartanah: Trend Anak Muda Beli Rumah Segera sempena Simposium Hartanah Utusan 2017 (SHU 2017) di sini hari ini.

Tambah Harith, kesedaran mengenai kepentingan pembe­lian hartanah dalam kalangan golongan muda semakin lama menunjukkan peningkatan berbanding dua ke tiga tahun lalu.

“Usaha Utusan Malaysia me­nganjurkan program seperti SHU 2017 ini juga adalah langkah terbaik buat golongan muda mendapatkan ilmu hartanah de­ngan mudah dan mengelakkan tertipu,” katanya.

 

Lima kelebihan membeli rumah pada usia muda

1. Komitmen kewangan rendah

2. Tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun

3. Takaful atau insurans rumah yang murah

4. Mudah menyimpan duit

5. Rumah lebih murah