Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

NS tubuh PRUN 
bagi bantu usahawan

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

SEREMBAN 9 Mac - Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUN) telah ditubuhkan bertujuan membantu para usahawan mendapatkan khidmat nasihat serta menghubungkan mereka dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan.

Lebih menarik, PRUN juga membuka pintu kepada orang ramai yang berminat menceburi bidang perniagaan tetapi tidak memiliki pengalaman dalam selok belok dunia keusahawanan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pusat itu yang dibuka di DS2 Mall dekat Se­remban 2 dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

Beliau berkata, antara agensi yang menempatkan kakitangan mereka di situ ialah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Agrobank.

Katanya, pusat itu juga bercadang menyediakan khidmat juruaudit dan kesetiausahaan supaya syarikat yang baharu beroperasi boleh menggunakan kemudahan tersebut.

"Tujuan utama penubuhan pusat ini adalah untuk membantu para usahawan mendapatkan runding cara terutamanya dengan agensi-agensi lain yang ditubuhkan kerajaan dengan menempatkan mereka di bawah satu bumbung.

“Mereka boleh dapatkan khidmat nasihat perniagaan termasuk khidmat guaman dan ia terbuka kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan dunia perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Sembilan (NS) di sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif PKNNS, Datuk Hasnul Mohamed; Timbalan Presiden DPMM, Datuk Mohamad Alayuddin Hasan dan Yang Dipertua DPMM NS, Abdul Rahman Yaakub.

Sementara itu, Mohamad turut meminta DPMM NS membantu mempromosikan pelbagai produk keluaran para usahawan di negeri ini termasuk usahawan wanita luar bandar.

“Kita lihat banyak produk yang diusahakan oleh kaum wanita di luar bandar tetapi tiada satu usaha yang dibuat untuk mengetengahkan produk ini seperti sos tomato dan cili.

“Saya pernah ca­dangkan supaya ditu­buhkan satu syarikat di bawah DPMM NS untuk membeli dan membungkus semula pro­­duk-produk ini dan dijual di pasaran yang lebih besar,” katanya.

Pada majlis tersebut, Mohamad menyaksikan dua memorandum persefahaman (MoU) masing-masing antara DPMM NS dengan Mutiara Kayamas Sdn. Bhd. dan Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Bhd.

MoU dengan Mutiara Kayamas bagi kerjasama pengambilan pekerja tempatan untuk Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kilang manakala kerjasama dengan Gabungan Koperasi Sekolah NS bagi pengedaran produk halalan toyibban dan pembangunan budaya niaga dalam kalangan pelajar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain