Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 757 buah kenderaan telah didaf­tarkan dalam tempoh empat ming­gu selepas pelancaran rasminya.

Menurut beliau, tempahan Nissan Serena S-Hybrid serba baharu itu membuktikan penerimaan hebat bagi model baharu daripada ETCM dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka.

“Kami akan terus menawarkan produk-produk berkualiti dan pada masa sama akan meningkatkan pengeluaran bagi memastikan kenderaan ini dapat diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

Tambah Tan, Nissan Serena S-Hybrid serba baharu hadir dengan rangkaian teknologi dan ciri pintar yang memberikan banyak kemudahan antaranya Nissan Intelligent Mobility (NIM), Pandangan Paparan Sekeliling Pintar (I-AVM) dan Pengesan Objek Bergerak Pintar (I-MOD).

Katanya, pintu gelongsor kembar berkuasa dengan pengesan kaki boleh dioperasikan dengan satu pergerakan kaki di bahagian bawah pintu untuk membuka atau menutupnya.

“Terdapat tujuh port USB disediakan untuk keperluan mengecas peranti elektronik penum­pang. Pintu belakang dwi bukaan boleh dibuka dengan mudah walaupun di ruang meletak kendera­an yang sempit.

“Model ini mempunyai enam beg udara SRS dan ciri keselamatan yang lain hadir sebagai ciri standard pada Nissan Serena S-Hybrid serba baharu,” ujar beliau.