Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sektor perkhidmatan meneruskan momentun positif apabila mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus pada 2017 dipacu oleh segmen perdagangan runcit dan borong serta komunikasi dan maklumat.

Jelas beliau, sektor pembuatan menjadi penyumbang kedua terbesar dengan 23 peratus diikuti agrikultur, perlombongan dan pembinaan.

“Peningkatan eksport elektrik dan elektronik serta produk optik membantu pertumbuhan mapan sektor pembuatan. Agrikuktur pula berkembang 7.2 peratus tahun lalu selepas mengalami kemerosotan pada 2016 susulan pemulihan dalam industri minyak sawit dan getah,” katanya dalam taklimat statistik ekonomi suku keempat dan tahunan 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE