Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Operasi Nestle S. A., Dr. Magdi Batato berkata, Malaysia merupakan pasaran penting dipilih untuk menempatkan satu daripada tiga Hab Perolehan Global kumpulan.

“Hab ini akan memperoleh bahan-bahan dan perkhidmatan yang diperlukan dari seluruh dunia untuk memenuhi keperluan lebih 100 buah negara di peringkat global,” katanya pada majlis pelancaran hab itu di sini.

Hab berkenaan dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan. - UTUSAN ONLINE