Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Ir. Azman Mohd. berkata, utiliti perlu melalui proses transformasi memandangkan ESI menjadi semakin kompetitif.

“Saya percaya, dengan sokongan dan komitmen tidak ternilai ini, kita boleh menjadikan aspirasi ini sebagai satu pelan tindakan yang mampu memberi impak positif kepada industri tenaga di setiap negara anggota,” katanya yang juga Presiden AESIEAP bagi penggal 2017-2018 dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif AESIEAP selama tiga hari bermula semalam di Pulau Pinang.

Persidangan itu menghimpunkan lebih 200 tenaga pakar dan pemimpin dalam industri tenaga di Asia Timur dan Pasifik Barat. - UTUSAN ONLINE