NCCIM tubuh Majlis Belia bantu kekalkan kemajuan ekonomi negara masa depan
Tan Sri Ter Leong Yap

Presidennya, Tan Sri Ter Leong Yap berkata, pembentukan majlis itu akan memupuk generasi pemimpin muda berbilang kaum dalam mencapai hasrat itu.

“Tujuan utama majlis ini adalah melahirkan semangat keusahawanan dan membentuk jaringan perniagaan dalam kalangan belia.

“Majlis Belia ini juga akan mengumpulkan kekuatan belia pelbagai kaum, meningkatkan interaksi antara mereka dalam mengukuhkan asas keharmonian antara kaum dan perpaduan negara,” katanya pada majlis Moments of Unity 2.0 di  sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup. - UTUSAN ONLINE