Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Naza TTDI, Datuk Idzham Mohd. Hashim berkata, Met Galleria merupakan sebuah pusat beli-belah dua tingkat berkeluasan 80,000 kaki per segi yang mempamerkan ciri kolonial dan moden. 

Katanya, 40 peratus daripada ruang runcit Met Galleria dikhususkan bagi peruncit makanan dan minuman (F&B), 20 peratus bagi kedai konsep dan bakinya akan diagihkan kepada penyewa utama, penyedia perkhidmatan dan kiosk-kiosk. 

“Met Galleria akan memenuhi keperluan penduduk di MET 1 Residences, pekerja dari pejabat berdekatan, penduduk Mont Kiara dan pelawat MITEC,” katanya pada majlis pelancaran Met Galleria di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE