Ketua Syarikat Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd., Nazman Yusof berkata, daripada 500 buah kende­raan tersebut, sebanyak 20 peratus dijangka datang daripada permintaan pasaran di Sa­rawak.

Walau bagaimanapun beliau berkata, pihaknya percaya bukan hanya soal penjualan kereta yang diberi perhatian utama tetapi ke­puasan dan nilai tambah kepada para pelanggan.

“Kita juga akan meluaskan lagi jenama KIA di Malaysia timur de­ngan membuka pusat penyelenggaraan, jualan dan alat ganti (3S) baharu yang telah dikenal pasti di Bintulu dan Miri.

“Beberapa prospek pelabur di sini telah menyatakan minat dan kita sedang membuat penilaian yang dijangka dapat dimuktamadkan hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran ‘All New Kia Rio’ di sini hari ini.

Jelajah ‘All New Kia Rio’ yang berlangsung selama tiga hari itu menawarkan tawaran istimewa sempena Merdeka di pusat beli-belah Vivacity Megamall di sini.

Kia Rio baharu enjin 1.4 liter itu hadir dengan empat warna ia­itu Clear White, Signal Red, Smoke Blue dan Silky Silver.