Kia Rio baharu enjin 1.4 liter hadir dengan empat warna iaitu Clear White, Signal Red, Smoke Blue dan Silky Silver pada harga atas jalan RM79,888.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Datuk Samson Anand George berkata, Kia Rio baharu yang direka semula dengan gaya yang lebih inovatif dan aerodinamik merupakan kenderaan yang sesuai bagi masyarakat bandar.

“Generasi ketiga Rio sebelum ini sememangnya amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan reka bentuk, kualiti dan rekaan dalaman menarik, jadi Rio baharu ini yang ditambah baik dengan pelbagai ciri menarik ini dijangka dapat meneruskan kecemerlangan itu.

“Rio baharu ini merupakan produk seimbang yang menawarkan kemudahan seharian dengan reka bentuk premium dan cekap,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Kia Rio baharu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE