Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Naik taraf terminal tingkat kecekapan

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man (tiga dari kanan),
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man (tiga dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak (dua dari kanan), Pengerusi KTMB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad (tiga dari kiri) dan Azman Mahmud (kanan) melihat model bangunan Terminal Kargo KTMB Padang Besar di Perlis, semalam. utusan/Muhamad Iqbal Rosli

KUALA LUMPUR 9 Mac - Projek pembesaran fasiliti kargo terminal Keretapi Ta­nah Melayu Bhd. (KTMB) di Padang Besar, Perlis merupakan pencapaian Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan yang akan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata, naik taraf fasiliti itu akan memangkinkan perkhidmatan yang lebih berkesan kerana industri logistik adalah tulang belakang kepada rantaian bekalan.

Kata beliau, sebagai agensi peneraju untuk pertumbuhan pe­laburan domestik, MIDA sentiasa berusaha memperkasakan pembekal perkhidmatan logistik de­ngan mengukuhkan keupayaan da­laman dan menambah baik tahap kecekapan serta pematuhan perdagangan.

“Meskipun Perlis hanyalah sebuah negeri yang kecil di Malaysia, kedudukannya yang berhampiran dengan Thailand dan Indonesia, serta negeri-negeri di Koridor Utara Malaysia menjadikannya sebagai sebuah lokasi pelaburan sangat strategik.

“Dengan pembangunan infrastruktur secara berterusan di kawasan terbabit, Perlis akan berada pada kedudukan baik sebagai negeri yang menawarkan pelbagai peluang perniagaan pada masa depan,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Azman berkata, ketika ini terdapat sebanyak 48 projek perkilangan yang menumpukan industri elektrik dan elektronik, pengilangan makanan, produk galian bukan logam dan produk plastik di Perlis dengan pelaburan berjumlah RM1.03 bilion.

“Projek-projek yang telah dilaksanakan tersebut telah berjaya mewujudkan sebanyak 6,033 peluang pekerjaan sekali gus menunjukkan bahawa wujudnya lebih banyak peluang perniagaan di negeri yang unik ini,” ujarnya.

Tambah beliau, selaras dengan usaha kerajaan untuk terus membangunkan pelbagai infrastruktur asas dan berkualiti di Perlis, syarikat akan menikmati persekitaran perniagaan lebih kondusif bagi pelaburan jangka panjang yang berkekalan.

“Pelabur perlu memanfaatkan semua kemudahan disediakan oleh MIDA, seperti insentif ‘Kawasan Yang Kurang Memba­ngun’ (LDA). Syarikat yang layak mendapatkan skim ini akan menerima 100 peratus pengecualian cukai pendapatan sehingga 15 tahun,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain