Naga Corp merupakan pemilik penuh kompleks hotel hiburan bersepadu, NagaWorld yang merangkumi segmen perniagaan baharu melalui pembukaan hotel Naga 2.

Ketua Pegawai Ekseku­tifnya, Tan Sri Dr. Chen Lip Keong berkata, pihaknya kini berada dalam landasan yang tepat bagi mencapai hala tuju jangka masa panjang syarikat tersebut.

“Hal ini, dibuktikan melalui pelaburan langsung asing dari China yang mencatatkan peningkatan sebanyak 21 peratus selama lima tahun berturut-turut iaitu dari 2011 hingga 2016.

“Malah, penerbangan terus ke Phnom Penh dari China meningkat daripada 386 pesawat (Disember 2013) kepada 580 pesawat (September 2017) sekali gus memberi keyakinan kepada pertumbuhan ekonomi setempat,” jelasnya yang juga pengasas syarikat ber­kenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena lawatan media ke Rangkai­an Hotel Kedua NagaWorld, Naga 2 di sini baru-baru ini.

Dalam majlis berasingan, turut diadakan majlis pelancaran hotel baharu, Naga 2 yang menyaksikan kejayaan ahli perniagaan dari Malaysia itu menceburi sektor perhotelan di negara ini.

Yang turut hadir Duta Besar Malaysia di Kemboja, Datuk Seri Hasan Malek serta Menteri Pelancongan Kemboja, Dr. Thong Khon.

Sementara itu, ditanya berkaitan prospek pertumbuhan positif syarikat, Lip Keong memberitahu, pihaknya yakin terhadap ekonomi Kemboja yang disokong oleh peningkatan pelancong khususnya dari China.

“Setakat ini, jumlah pe­ngunjung melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh telah meningkat seba­nyak 13 peratus kepada hampir satu juta.

“Malah, Kementerian Pe­lancongan Kemboja turut menjangkakan kadar pelancong ke negara ini bakal mencecah sebanyak tujuh juta menjelang tahun 2020 yang mana, dua juta daripadanya adalah dari China,” ujarnya.

Hotel terkemuka yang turut tersenarai dalam bursa saham Hong Kong, kini mempunyai sebanyak 1,700 bilik hotel, 22 buah rangkaian makanan dan minuman, pusat beli belah bebas cukai bawah tanah serta premis-premis hiburan.

Naga Corp mencatatkan hasil AS$402 juta (RM1.07 bi­lion) bagi tempoh separuh pertama tahun ini. – UTUSAN