Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, saluran tersebut akan dilancarkan selewat-lewatnya November ini. 

“Saluran ini diwujudkan untuk membantu ahli-ahli koperasi memasarkan produk mereka sekali gus dapat menandingi produk luar. 

“Dalam saluran ini, MyAngkasa turut menyediakan tiga kandungan siaran berkaitan koperasi dan VNOW.TV dijangka menambah 60 saluran berkaitan informasi dan hiburan seperti pendidikan, drama dan saluran perniagaan kelak,” katanya selepas merasmikan Majlis pra pelancaran dan tandatangan perjanjian VNOW.TV antara MyAngkasa Holding Sdn. Bhd. dan Trio OTT Sdn. Bhd. di Tecnology Park Malaysia, Bukit Jalil di sini hari ini.

VNOW.TV merupakan Internet Protocol Televisyen (IPTV) di atas talian yang dilihat berbeza dengan kaedah biasa penyaluran kandungan siaran melalui penggunaan antena, satelit dan televisyen saluran terlanggan. -UTUSAN ONLINE