Datuk Muhammad Ibrahim
Datuk Muhammad Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan tersebut dibuat hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas nasihat beliau.

“Saya yakin di bawah kepemimpinan beliau Bank Negara akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara serta mentadbir dasar monetari dalam mengawal selia industri kewangan negara.

“Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara membangunkan industri kewangan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE